Thursday, March 3, 2011

::aktiviti harian baru saya::

dikarut oleh marshmallow semasa jam 1:49 PM

mesti korang tertanya tanya di benak korang "takkan aktiviti harian baru marshmallow dating dengan SCHA ALYAHYA pulak?" haa kan kan kan? korang fikir macam tu kan? baik angguk kepala korang laju laju. hehehehe

tak ada lah. takkan SCHA nak dating dengan saya kan. daripada dating dengan saya kan lebih baik dia dating dengan AWAL kan. hehehe

sebenarnya aktiviti harian baru saya ialah tadaaaa! MENARI NARI. 
menari nari?  whoaaaa?! sudah sudah lah tu ternganga ya awak. sila percaya.
hehehe. dah tu, apa kena mengena dengan SCHA pulak?

okay let me explain. disebabkan badan saya yang dah semakin membesar dengan senang hati ini, saya nak kurusssss macam SCHA! harap maklum. haa ni tengok gambar saya yang dah gemuk ni. sila jangan gelak.


besarkan? baik korang geleng cepat. so semalam saya pergi lah login facebook dan pergi kat fanpage SCHA ALYAHYA. tengok tengok ushar ushar gambar dia. lepas tu tiba tiba mulut saya ternganga dan mata terbeliak besar tengok gambar SCHA. kenapa saya macam tu?


sebab dia kuruss lah awak! kuruss sangat. tengok gambar dia kat atas tu. cantiknya badan dia. lepas tu saya terus berdiri tegak, pasang lagu dan mulakan langkah. oo yeahhh ooo yeahhhh! segala jenis tarian saya keluarkan. zapin, poco poco, era 70-an, segala jenis lengguk lah saya bantai. ada lah dalam satu jam saya terkinja kinja kat bilik. haha power rangers!

usaha yang berbaloi. tak sia sia kejang kaki sampai sekarang. peluh yang mencurah curah ke ladang sawit hampir satu baldi. hek eh? tipu gila dia ni. haha sila percaya.

so hari ni saya akan jalankan misi untuk slimmm macam SCHA tu ya. oo yeahh ooo yeahhhh! korang nak join? jom ayoooohhhhhhh!

p/s : korang nak tahu saya pasang lagu apa? jeng jeng jenggg! menikahlah denganku by dua mata. hahaha sangat best wooo!




thanks awak sudi layan ini entry

6 gadis & jejaka hot komen ! on "::aktiviti harian baru saya::"

KUREKURE COMEL on March 3, 2011 at 3:56 PM said...

kecik je...yg tinggi tu ek...
hehehe...


menari?wooo...mina kalo menari...
msti mat kata buang tebiat ke..
huahuahua...

marshmallow on March 3, 2011 at 4:15 PM said...

haa lah syg. yang tinggi. yang rendah tu adik. yeke kecik? rasa macam besar lah dear =.='

haha takpe. cakap kat mat nak slim macam scha lah. hehehe

Unknown on March 3, 2011 at 5:37 PM said...

muaua selamat jadi slim...

marshmallow on March 3, 2011 at 6:27 PM said...

hehehe thanks jiji yu :)

Unknown on March 3, 2011 at 8:57 PM said...

lalala..mana la ade gumuk sgt pun..da comel da tu..jgn kurus sgt..nnt kena tiup angin..melayang plak :p

marshmallow on March 3, 2011 at 9:36 PM said...

hehe tak selesa lah chii.
tapi tu lah, nak dapat badan macam tu bkn senang.
bersyukur apa adanya. hehehehe :)

 

..marshmallowlife.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Birthday Gift Idea